Assalamualaikum

Arek Mampir .....

Thursday, March 11, 2010

Sampainya hati.......

Comelnya seorang bayi. Tak kira bangsa apa, seorang bayi akan sentiasa (sepatutnya la...) mengukir senyuman kepada wajah setiap insan tak kira betapa seriusnya insan tersebut. Bayi adalah anugerah. Bayi adalah rahmat. Kalau begitu, kenapa bayi dibuang seperti sampah, malah ada yang sanggup membunuh mereka seolah-olah tanpa nilai.....Sebabnya kerana orang yang membuang bayi itu sendiri sebenarnya 'sampah' dan mereka sememangnya tiada nilai lagi dalamk masyarakat.


Keras...tetapi itulah hakikat sebenarnya. Insan yang ada nilai dan harga diri akan pasti menyayangi dan mengasihi bayi walaupun bukan anak kandung sendiri. Inilah nilai diri yang sepatutnya ada pada diri kita.

Namun, jika difikirkan, kita secara tidak sedar diajar secara tidak sedar untuk 'membuang' mereka yang memerlukan kita. Lihatlah senario hari ini. Ada pihak yang meninggalkan pihak yang lain kerana dikatakan jahil dalam agama, buruk tingkah laku. Pihak yang ditinggalkan ini terpaksa 'survive' sendiri dengan apa yang ada. Bukankah bagus kalau mereka ini memungut, membelai dan mendidik pihak yang memerlukan ini dengan kasih sayang....tetapi itulah hasil didikan ceramah2 umum, tarbiah2 kedai kopi dan didikan2 blog2 sedia ada. Mungkin ada yang kurang bersetuju ttp cuba fikirkan....jati diri kita tidak dibentuk dalam sehari, ia tidak akan hilang semalam....ia akan menjadi amalan hidup kita tanpa sedar dan hasilnya apa yang kita lihat sehari-hari dalam surat khabar.
Fikirkanlah. Fikir dengan Minda 1 M.

No comments:

Post a Comment