Assalamualaikum

Arek Mampir .....

Sunday, October 18, 2009

HAPPY DEEPAVALI




Salam sejahtera,
Sambutan deepavali baru saja berlalu dua hari lalu. Kepada semua kawan-kawan beragama Hindu, Selamat menyambut pesta cahaya. Semoga muncul dengan semangat baru.
Seperti biasa, deepavali adalah hari cuti. Semua orang ingin bercuti. Dari pejabat ke sekolah-sekolah. Bukan apa, sekadar nak berehat.
Seperti kelaziman, yang paling suka 'tumpang' merayakan deepavali ni tak lain adalah orang Melayu. Kita suka perayaan macam ni. Ni lah masa nak intai rumah kawan kita berbangsa lain. Hari lain, bila kita nak pergi, kawan kita asyik ada hal je. Takpelah, kita faham.
Satu benda yang aku tak seronok ialah kemalangan jalan raya. Sabtu lalu aku ke Ipoh. Untuk melancarkan perjalanan, aku ikut tol PLUS Bidor-Ipoh. Mula masuk tu ok tp sebelum sampai Ipoh, tiba-tiba ada jamm. Dalam kepala aku, sama ada pasal orang nak keluar tol atau ada accident. Seperti jangkaan aku, memang ada accident. Ada kereta terlanggar 'divider' dan terbakar. Aku tak kenal orangnya, tp yang aku tahu ....Orang melayu.
Gamaknya, orang melayu ni sinonim dengan accident. Hobi kut ???? Sedikit nasihat kepada kekawan, bawak kereta ikut had jalan bukan had meter ! Seperti mana budaya melayu menasihat kita agar menjaga tutur kata, jagalah juga minda dan jiwa. Bimbang tiada peluang kedua macam game Need For Speed yg aku minat tu.
Berfikirlah dengan akal, bukan ikut nafsu hati. Berfikirlah dengan Minda 1M

Sunday, October 11, 2009

Dewasakah kita ????

Tamat sudah seminggu penuh pancaroba bagi orang Negeri Sembilan. Keputusan telah diketahui. Pemenang sudah di julang. Seperti biasa, yang berjaya akan berucap tak habis-habis. Yang kalah akan mengomel tak sudah-sudah. Namun, bukan itu yang nak dikatakan tetapi rentetan peristiwa sepanjang tempoh berkempen.

Ada yang kena tumbuk, ada yang kata kena tetak tapi tak luka pun. Yang bergaduh takterkira ramainya. Semua berlaku seperti dijangka. Semua kerana nak pasang bendera. Ada yang mengaku bertindak atas nama Islam tetapi cara seperti musuh Islam, ada yang kata buat kerana keADILan, tetapi tidak mampu berlaku adil dengan orang lain. Semua dia nak pulun. Apapun yang berlaku, ada sesuatu yang harus kita fikirkan. Kenapa semua ini berlaku? Yang pasti, semua kerana ikut rasa dan hati, bukan akal dan pertimbangan diri.

Kita marah kalau anak-anak kita suka bergaduh. Perangai macam budak-budak! kata kita. Masalahnya, kita yang dewasa pun perangai cam tu juga. Seorang bijak pandai pernah berkata bahawa Akal, Nafsu dan Fizikal berkembang dan matang cuma pada kadar yang berbeza. Ia juga berbeza pada setiap insan. Semua terserah pada kita.

Kepada semua rakyat Malaysia yang dah dewasa, fikirlah. Apakah pada usia kita sekarang kita mampu bertindak matang atau hanya mengikut nafsu? Jangan badan saja besaq tp akai kecik, kata org utara.

Jadilah kita suatu masyarakat yang mampu hidup harmoni, berlainan pendapat tetapi sama dihati. Tetapkan minda kita agar dapat merencana masa hadapan yang Aman dan Sejahtera untuk anak cucu kita. Tetapkan minda kita Minda 1M.

Tuesday, October 6, 2009

Indon oh Indon

Assalamualaukum,

Lagi-lagi cerita pasal orang Indonesia. Hari ni dlm Berita Harian, timbul lagi cerita pasal hal yang sama. Tentang sikap kurang ajar orang Indon ni dan sikap pemurah kita yang seperti tiada kesudahannya.

   Bersabar dan sedia memaafkan! Itulah moto orang Malaysia walaupun orang yg dimaafkan tu tak minta dimaafkan pun kerana mereka berbangga dengan sikap kurang ajar mereka. Ramai yang menyatakan sikap tidak puas hati dengan sikap seperti kacang lupakan kulit orang seberang ni..namun kalau di fikir, kat sini pun apa kurangnya...fikirkan!

   Apapun, kita sebagai orang Malaysia kena bertegas. Bukan dengan angkat parang atau buluh runcing (ketinggalan zaman), tetapi dengan tidak memberi peluang kat org depa yg takde permit tu kerja kat sini. Kerajaan kene bertegas, hadkan cerita depa yg dah terlalu banyak tu. Bosan!
   Kita sebagai rakyat Malaysia harus menunjukkan sikap Kelas Pertama dalam menghadapi hal-hal seperti ini. Berlembut pada ketikanya, bertegas ada ketikanya. Itulah minda Kelas Pertama. Itulah Minda 1M.


DULU, KINI dan FOREVER!

Monday, October 5, 2009

Kali pertama / malam pertama

Assalamualaikum.....



Terima kasih kerana sudi melawat laman web terbuka saya yg beroperasi buat kali pertama pada malam ini......

tiada yg istimewa...tetapi sekadar untuk berkongsi ilmu, tips dan panduan...

bukan kerana apa....sekadar untuk menimba ilmu selagi mampu.....

semoga di lain kali....ada yg lebih istimewa....

PMR oh PMR

PMR oh PMR.




PMR kini datang lagi...datang dengan berbagai perasaan. Ada yang resah kerana baru tersedar dari mimpi akademi fantasia. Masa ni la baru nak cari buku dan fotostat nota sebab selama ni semua tu takde makne...

Ada yang berdebar campur gembira. Sasaran 8A1 depan mata kerana dah usaha selama ni nak berjaya. Ada juga yang nak 8A walaupun usaha sekadar 8E1. Air jampi@ ludah tok moh, air zamzam (dr rumah Nizam) dan air penerang hati (walaupun dia tu spesis gelap hati) di togok berbotol-botol. Konon boleh bantu.??????

Ada yang tengah pening sebab byk nak fikir (ketua dengan pengawas peperiksaan) dan ada yg seronok sebab ada chance wang 'masyuk'. (aku le tu....!!!!!)

Namun, sekadar doa dr Guru, abah dan dot dot dot ni.....

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PMR!