Assalamualaikum

Arek Mampir .....

Sunday, October 11, 2009

Dewasakah kita ????

Tamat sudah seminggu penuh pancaroba bagi orang Negeri Sembilan. Keputusan telah diketahui. Pemenang sudah di julang. Seperti biasa, yang berjaya akan berucap tak habis-habis. Yang kalah akan mengomel tak sudah-sudah. Namun, bukan itu yang nak dikatakan tetapi rentetan peristiwa sepanjang tempoh berkempen.

Ada yang kena tumbuk, ada yang kata kena tetak tapi tak luka pun. Yang bergaduh takterkira ramainya. Semua berlaku seperti dijangka. Semua kerana nak pasang bendera. Ada yang mengaku bertindak atas nama Islam tetapi cara seperti musuh Islam, ada yang kata buat kerana keADILan, tetapi tidak mampu berlaku adil dengan orang lain. Semua dia nak pulun. Apapun yang berlaku, ada sesuatu yang harus kita fikirkan. Kenapa semua ini berlaku? Yang pasti, semua kerana ikut rasa dan hati, bukan akal dan pertimbangan diri.

Kita marah kalau anak-anak kita suka bergaduh. Perangai macam budak-budak! kata kita. Masalahnya, kita yang dewasa pun perangai cam tu juga. Seorang bijak pandai pernah berkata bahawa Akal, Nafsu dan Fizikal berkembang dan matang cuma pada kadar yang berbeza. Ia juga berbeza pada setiap insan. Semua terserah pada kita.

Kepada semua rakyat Malaysia yang dah dewasa, fikirlah. Apakah pada usia kita sekarang kita mampu bertindak matang atau hanya mengikut nafsu? Jangan badan saja besaq tp akai kecik, kata org utara.

Jadilah kita suatu masyarakat yang mampu hidup harmoni, berlainan pendapat tetapi sama dihati. Tetapkan minda kita agar dapat merencana masa hadapan yang Aman dan Sejahtera untuk anak cucu kita. Tetapkan minda kita Minda 1M.

No comments:

Post a Comment